Sunday, January 17, 2010

WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yg bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu bengkok menghasilkan bayang yg lurus.

Luruskanlah wanita dgn jalan yg ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dgn panduan dari Nya..
Jangan cuba menjinakkan dgn harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dgn kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin menderita.
Kenalkan mereka kpd Allah, zat yg kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dgn ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dgn iman....
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dgn akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab..
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan...
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah..

Wanita yg lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak... mereka tidak akan lurus..
Bahkan akan semakin membengkok..
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabb Nya..

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru- hara..
Lelaki pula jgnlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah..
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Jgnlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahhuwajhah.




*** Selagi nyawa dikandung badan, takkan ku persiakan dirimu sayang.....kerana dirimu Anugerah Allah yang terindah.... Buah hati mama Aqis

No comments: