Tuesday, January 26, 2010

HOLIDAY.... :)

Emmmm lama rasa nyer tak bwk Aqis holiday...sian Qis
Takpe2 nie papa ngan mama dah bwk Aqis jenjalan....location kali nie *BEEP* lihat dan teka la... but still laut pilihan kami sekeluarga...(atas permintaan Aqis jugak wakkaka..)
Harap enjoy tgk pic kami nieee...


Ehh... Aqis ngan papa nak kemana tu?


Wahhh sempat lagi posing


Ohhh papa Qis nak tanam kaki yeee....


Jangan gerak pa duk diam2 heee papa takde kojo..


Pandai Aqis wat kaki papa macam ikan duyung kan..heee heee


Cepat Qis mama dah wat kolam niee... jeng jeng best..


Papa dah takleh gerak tu Qis....meh kita main2 pasir biar papa duk diam diam heee heee

Seronok nyer saya....


Ready.... 1.2.3


lariiiiiiiiiiiiiiiiiii......


Cakkk ...


Saper la ambik gambar papa ngan mama nie... ohhhh Aqis rupa nyer...


Nak relaks kat papa jap, Aqis penat la...


Ma jom ajak papa balik Aqis ngantuk niee...

Memang seronak cuti2 kali nie.. masa yang ader semuanya kami fullkan ngan activity... bukan senang tau nak mcm nie...

P/s: Nak tau Aqis ader rabbit name dia lion...sebab dia memang mcm muka lion hheee...



Wednesday, January 20, 2010

Faidhi..... birthday

Salam to all

Tuesday 19Jan aritu, walaupun semua staff ERAMASTER nie bz, tapi sempat lagi celebrated buzday budak nakal nie, dan thn nie Faidhi /Abenz  (name glamour)dah berumur,....*BEEP*Heee hee you all tgk sendiri la no yg tertera kat kek tu wakkaka...




.::: Haaa nampak tak nombor nieeee..


..:: Surprised.... terkejut la tu






.::: Nie la kerabat2 Eramaster :)


HAPPY BIRTHDAY TO YOU! HAPPY BIRTHDAY TO YOU! HAPPY BIRTHDAY TO ABENZ ! HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!

Semoga panjang umur, murah rezeki...

Wassalam and God Bless

Sunday, January 17, 2010

WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yg bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu bengkok menghasilkan bayang yg lurus.

Luruskanlah wanita dgn jalan yg ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dgn panduan dari Nya..
Jangan cuba menjinakkan dgn harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dgn kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin menderita.
Kenalkan mereka kpd Allah, zat yg kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dgn ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dgn iman....
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dgn akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab..
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan...
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah..

Wanita yg lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak... mereka tidak akan lurus..
Bahkan akan semakin membengkok..
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabb Nya..

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru- hara..
Lelaki pula jgnlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah..
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Jgnlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahhuwajhah.




*** Selagi nyawa dikandung badan, takkan ku persiakan dirimu sayang.....kerana dirimu Anugerah Allah yang terindah.... Buah hati mama Aqis

Wednesday, January 13, 2010

Ayong Buzday....celebrated

Tanggal 12 Jan baru-baru nie celebrate birthday Ayong yang ker 24yrs.... tulis besar ckit hee heee...jgn mare Ayong
Anyway....Happpppppppy Birthday 2 uuuuu....

Nie la dia diantara post2 yg sempat aku snap kan utk kenang- kenangan...


Nyum..nyummm cedap nyer... :)



Adegan cuap- menyuap....


Papa mangsa Ayong yang pertama....


Mama mangsa Ayong yg kedua....


Tapi kali nie Ayong yang jadi mangsa aku.. wakkaka

P/s: To Ayong semoga bahagia slalu, panjang umur, murah rezeki dannnnn cepat  tutttttttttt..


Sunday, January 10, 2010

Doa Seorang Isteri

Ya Allah...
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau perlimpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berikanlah kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkan aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah..... Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah... Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah... Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu, Aku cacat tanpa hidayah Mu, Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya Allah... Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada Mu...

Ya Allah...
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu


Ya Allah Tuhanku.....
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi' Alamin.....